×
DALAM SEKSYEN INI:
Bantuan
Menetapkan Matlamat Petisyen Anda
Sampaikan tuntutan yang tepat hanya separuh daripada perjuangan
Pepatah "berhati-hati dengan apa yang anda harapkan" terpakai dalam petisyen. "Tuntutan" petisyen anda adalah kunci utama untuk mencapai kejayaan-- "Tuntutan" yang tepat membolehkan kejayaan tercapai manakala tuntutan yang salah tidak mungkin membawa kepada kejayaan. Di sini terdapat beberapa panduan untuk membantu anda mengajukan tuntutan yang tepat bagi petisyen anda.
Sila pilih satu penyelesaian
Terdapat banyak kaedah untuk menyelesaikan masalah yang sama. Sebagai contoh, anda boleh menangani isu pengaruh syarikat terhadap ahli politik dengan menggubal undang-undang yang mengehadkan sumbangan derma kepada calon, meminta calon untuk menolak derma secara sukarela atau meminta syarikat menghentikan pemberian derma politik. Pastikan anda mempertimbangkan penyelesaian yang berbeza bagi masalah yang ingin ditangani dan memilih penyelesaian yang terbaik-- secara umumnya, yang anda boleh berjaya dengan usaha yang minimum.
Secara spesifik
Matlamat yang baik adalah jelas, boleh dinilai dan konkrit. Jika anda tidak dapat menyatakan secara tepat perkara yang diinginkan, mudah bagi sasaran anda untuk seolah-olah telah memberikan apa yang anda inginkan tetapi sebenarnya tidak. Ini juga bermakna semakin sukar bagi anda mengetahui sama ada anda telahpun berjaya atau sebaliknya. Jika anda menuntut kerajaan untuk menetapkan gaji kehidupan tanpa menyatakan jumlahnya secara spesifik, anda mungkin tidak tahu sama ada kenaikan 10% yang diluluskan itu adalah memadai untuk mengisytiharkan kejayaan.
Jadikannya boleh berjaya
Tuntutan anda haruslah mengenai sesuatu yang benar-benar berlaku dan sasaran anda mempunyai kuasa untuk melakukan sesuatu. Meminda undang-undang negara adalah sesuatu yang tidak dapat dilakukan oleh pengetua sekolah anda walaupun mungkin beliau mempunyai sedikit sebanyak cadangan cara untuk melakukannya.
Mengetahui fakta
Anda tidak perlu meneliti semua maklumat yang terdapat di luar sana tetapi adalah baik untuk mengetahui sedikit sebanyak tentang tuntutan anda. Sebagai contoh, anda akan membazirkan tenaga menuntut sesuatu yang telah pun ada tetapi hanya tidak dikuatkuasakan. Adakah tempat lain melakukan perkara yang sama? Mengapakah sasaran anda tidak melakukannya sebelum tuntutan anda? Apakah tindakan sasaran yang anda jangkakan terhadap petisyen anda?
Mulakan petisyen anda
Platform Petisyen Komuniti Avaaz telah membolehkan ribuan yang lain untuk memulakan dan menjayakan kempen di peringkat tempatan, nasional, dan antarabangsa!