×
DALAM SEKSYEN INI:
Bantuan
Memilih gambar
Biar gambar menjelaskan segala-galanya
Gambar yang tepat boleh menyampaikan segalanya hanya dalam sekelip mata. Gambar-gambar kempen boleh mengaktifkan kempen anda, menarik perhatian orang ramai, dan mendorong orang untuk bertindak. Berikut adalah antara elemen penting pada gambar kempen yang baik, hasil daripada cubaan ke atas ratusan gambar:1. BERKAIT DENGAN KISAH SESEORANG-- fokus pada seseorang individu
Maklumat mengenai krisis ekonomi di Eropah akan menjadi teknikal dan mengelirukan pada masa yang sama kumpulan penunjuk perasaan akan menjadi fokus utama, tetapi sebenarnya perkara yang mereka tuntut dan bantah itulah harus diberi perhatian. Dengan fokus pada gadis kecil ini, gambar ini menggambarkan kesan dasar ekonomi terhadap dirinya pada masa akan datang dan cita-citanya.
2. REFLEKSI TERHADAP KEMPEN
Kanak-kanak yang terdedah kepada ancaman keselamatan akibat daripada keganasan yang tidak berperikemanusiaan dengan penggunaan bom merupakan naratif utama dalam kempen ini-- dan kesemua itu terlintas dalam sekeping gambar.
3. MENUNJUKKAN KESERIUSAN MASALAH
Wah, pokok-pokok itu kelihatan besar dan banyak pokok seperti ini telah ditebang. Gambar ini menunjukkan betapa seriusnya kemusnahan alam sekitar yang sedang berlaku di Brazil, sesuatu yang jauh-- kemusnahan Amazon -- dalam bentuk yang konkrit (dan anda ingin hentikannya!).
4. MELIBATKAN SASARAN ANDA
Letak gambar sasaran anda pada gambar kempen adalah satu cara yang baik untuk memastikan mereka merasai kehangatan dalam dirinya-- tiada sesiapa suka melihat diri mereka dikritik secara umum.
5. JADIKANNYA MENONJOL SECARA VISUAL
Warna dan cahaya di sini adalah memukaukan-- kumpulan manusia dalam warna merah, oren, dan kuning menampilkan kuasa dan kemesraan.
6. MENONJOLKAN PERBEZAAN
Kelihatan salah-- polis dengan kelengkapan rusuhan sedang menolak wanita, kanak-kanak, dan seorang bayi yang tidak berpakaian. Perbezaan adalah dapat diperhatikan dengan jelas dan mempamerkan contoh ketidakadilan yang wujud dalam situasi tersebut. Ketaksamaan antara mereka yang menunjuk perasaan dengan tindak balas kerajaan.
7. BUDAYA DAN PENJENAMAAN SEMULA
Pilih simbol yang dapat dikenali oleh semua orang dan mengubahsuainya untuk menyampaikan mesej kempen anda.
8. GAMBAR KEGANASAN BUKANLAH SELALUNYA TERBAIK
Gambar ngeri yang walaupun menyentuh perasaan, boleh mengalihkan perhatian orang ramai daripada petisyen atau menyebabkan mereka meninggalkan laman tersebut. Gambar gajah yang gagah ini lebih membantu dalam petisyen anti-pemburuan haram berbanding dengan seekor gajah yang dibunuh dan sedang berdarah.
Mulakan petisyen anda
Platform Petisyen Komuniti Avaaz telah membolehkan ribuan yang lain untuk memulakan dan menjayakan kempen di peringkat tempatan, nasional, dan antarabangsa!